Pengerusi Eksekutif IDE Bersama Enumerator Survei Persepsi Negeri Melaka

BANDAR SUNWAY, 2 OKTOBER 2026: Pengerusi Eksekutif Yayasan IDE MADANI, YB Senator Dato’ Prof. Emeritus Dr. Mohammad Redzuan Othman, bersama pasukan enumerator bagi pelaksanaan Survei Persepsi Negeri Melaka yang berlangsung pada 2 hingga 6 Oktober 2026 di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.
Sesi ini melibatkan seramai 20 enumerator, dengan 10 orang hadir secara fizikal dan 10 lagi menyertai secara dalam talian melalui kaedah hibrid.
Survei ini bertujuan mendapatkan pandangan dan persepsi masyarakat di negeri Melaka. Komitmen serta kerjasama pasukan enumerator memainkan peranan penting dalam menjayakan pengumpulan data di lapangan. Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua enumerator atas dedikasi sepanjang pelaksanaan survei ini.