Wacana MADANI Semarak Pembudayaan Ilmu di Pesta Buku UiTM 2026

SHAH ALAM, 8 Oktober 2026 – Yayasan IDE MADANI bekerjasama dalam pengisian Wacana MADANI sempena Pesta Buku Universiti Teknologi MARA (UiTM) 2026 yang berlangsung pada 8 hingga 9 Oktober 2026 di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, UiTM Shah Alam.
Program anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM ini membawa tema “Pembudayaan Ilmu, Memperkasa Komuniti”, dengan menjadikan pesta buku sebagai ruang perkongsian ilmu dan penglibatan masyarakat.
Wacana MADANI menampilkan YBrs. Tuan Haji Amidi Dato’ Abd Manan, Pengurus Eksekutif IDE, sebagai panel, manakala YBrs. Hanif Ahmad Baharuddin, Eksekutif IDE Research Centre, bertindak sebagai moderator.
Penglibatan IDE dalam wacana ini mencerminkan komitmen institusi terhadap usaha menyuburkan budaya ilmu serta membuka ruang dialog mengenai gagasan MADANI dan peranannya dalam pembangunan masyarakat.
Kerjasama ini turut memperkukuh hubungan antara IDE dengan institusi pengajian tinggi dalam menyampaikan ilmu kepada komuniti. Melalui platform wacana, perkongsian pandangan dapat menggalakkan pemikiran kritis serta meningkatkan penghayatan terhadap nilai yang mendukung kesejahteraan bersama.
Semoga penganjuran Pesta Buku UiTM 2026 terus menyemarakkan budaya membaca, memperluas akses kepada ilmu dan memperkasa komuniti melalui pengisian yang bermanfaat.
Yayasan IDE MADANI
Penyelidikan • Analisis • Perspektif